Friday, March 18, 2016

Foundation Of Leadership 15-17March16



Alhamdulillah selesai sudah program 3 hari 2 malam ini di PLC Bangi. Banyak perkara kami belajar terutama untuk pasakkan diri dengan kefahaman bentuk rupa kepimpinan yang diperlukan oleh syarikat kami menghadapi cabaran masa kini.

Paling penting kami belajar:-

1. Kemahiran kepimpinan yang perlu diterjemahkan dengan TINDAKAN bagi setiap warga organisasi. Tindakan memimpin tidak sama untuk setiap peringkat. Paling penting kita perlu permudahkan dengan KOMUNIKASI yang baik dan jelas agar semua  warga kerja faham apa yang perlu kita lakukan.

2. Penyudah kepada setiap tugasan memerlukan PERSETUJUAN setiap pihak. Malah lebih baik lagi jika setiap tindakan diukur dan ditulis JELAS supaya sentiasa menjadi rujukan untuk penilaian. 

3. Setiap pemimpin perlu faham FOUNDASI kepimpinan syarikat; apakah NILAI yang ingin kita ketengahkan, PEKA kepada setiap target syarikat, FAHAM cabaran, kekuatan dan sentiasa fokus kepada perkara yang perlu diperbetulkan. 

 4. Dengan memahami foundasi ini, POTENSI kepimpinan dapat dipenuhi. Setiap pemimpin akan bertindak seiring dan EFEKTIF.  

5. Kepimpinan yang diperlukan kini ialah pemimpin yang dipandu MINDA yang fokus kepada PENCAPAIAN. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya amat gembira dapat bertemu sahabat baru dan lama.

#ALIM3
#LeadershipVission
#LeadershipMission

No comments: