Sunday, March 6, 2016

[Mesyuarat Menetapkan KPI Tahunan Syarikat] March 07, 2016 at 03:22PM



Syarikat jual buah sahabat saya terdiri daripada 6 orang kakitangan tak termasuk CEO dan COO. Cukup kecil berbanding dengan syarikat korporat kami yang menjalankan projek di kumpulan syarikat di Kerteh, Terengganu.

Walaupun kecil tetapi perancangan strategik tahunan beliau mempunyai target capaian jenama global dalam masa 7 tahun. Beliau merangka perancangan VISI, MISI beliau bersama saya. Pada mulanya saya sedikit risau dan musykil samaada syarikat kecil beliau mampu untuk mencapai target global ini.

Sehinggalah beliau berjaya menceritakan taktik dan strategi beliau secara detail kepada saya, mulalah saya nampak kekuatan dan impian besar beliau. Bermula kecil tapi bermula dengan langkah yang betul. Lakaran A ke B saya bersama beliau walaupun kelihatan garis lurus, saya pasti bakal menghadapi pelbagai dugaan.

Tetapi saya gembira dengan komitmen kejayaan dan pandangan jauh beliau untuk mencapai cita-cita "bakal gergasi" global ini.

#VISI
#SMEGlobal
#ProExpertConsultingPLT 

No comments: