Saturday, February 13, 2016

[Global Victory..see you at the TOP!] February 13, 2016 at 08:47PM



Alhamdulillah. Terima kasih kepada Cikpuan Azima Esa, atas jemputan dan kerjasama yang amat baik yang diberikan kepada saya. Sesi bersama Global Victory benar-benar mencabar minda saya untuk mengeluarkan VISI dan MISI sebenar syarikat. 

Saya gunakan teknik memahami setiap aktiviti syarikat, cuba belajar mengenalpasti apakah teras perniagaan syarikat dan akhir sekali cuba memahami apakah "perkara" yang menjadi aspirasi syarikat. 

Setiap proses korporat ini hanyalah satu kaedah yang saya mudah-catatan supaya ia dapat di aplikasi secara menyeluruh oleh setiap syarikat. Babak ngeri 3 tahun permulaan (puaka), diharungi syarikat dan menjadi pengajaran berharga untuk mengharungi fasa perkembangan seterusnya. 

Alhamdulillah sekali lagi akhirnya mampu jua kita keluarkan VISI dan MISI Global Victory yang menepati NILAI yang hendak dikedepankan oleh Cikpuan Azima Esa. 

Tahniah. Perlu habiskan pula sesi Perancangan Strategik pula. 

#ALIM2 
#ALeaderInMe 
#ProExpertConsultancyPLT 

Source : LazatSihat

No comments: