Wednesday, February 10, 2016

[Tajuk: GARIS KEPEMIMPINAN PENGURUSAN KORPORAT UNTUK USAHAWANBERSYARIKAT.] February 11, 2016 at 08:06AM



Mengikut Bloomberg, 8 daripada 10 usahawan yang memulakan perniagaan gagal dalam 18 bulan pertama selepas memulakan perniagaan. Nilai yang amat memeranjatkan 80% usahawan gagal! 

Sejauh manakah dapat kita pastikan legasi syarikat mampu bertahan dalam masa 5 atau 10 tahun? 

Salah satu proses yang saya ingin kongsikan ialah apa yang dipanggil Garisan Kepimpinan. Ia merupakan suatu tajuk yang besar dalam merangka perjalanan yang selamat untuk sesebuah syarikat. 

Tapi apakah maksud garisan kepimpinan ini? Ia adalah satu lingkungan yang melibatkan segala perancangan strategik yang bersepadu. Didalam lingkungan itu terdapat semua proses yang amat diperlukan untuk menentukan kelestarian perniagaan seperti segala target dalam bentuk kewangan, nilai pemegang saham, fokus pasaran, organisasi yang belajar dan kecekapan urusan operasi. 

Saya telah memudahkan cara proses bersesuaian dengan usahawan bersyarikat dengan bertanya 5 soalan penting: 

1. Apakah NILAI yang akan kita perjuangkan? 

2. Apakah DEFINASI Visi organisasi? 

3. Bagaimanakah kita merangka MISI yang sesuai dengan keupayaan syarikat? 

4. Adakah pelan TINDAKAN tahunan kita masuk akal? 

5. Mampukah kita merangka TARGET tahunan dengan munasabah? 

Secara peribadi, pengalaman penglibatan saya dalam proses korporat bersama PETRONAS selama 17 tahun telah menjadikan saya lebih menghargai #Vision dan #Mission Petronas, semakin faham mengapa setiap struktur organisasi di dirikan, dan semakin jelas mengenai Rantaian Nilai. Banyak lagi perkongsian yang tidak dapat saya terperincikan disini. Boleh temui dan ikuti saya didalam program ALIM nanti. 

Call/Whatapp/PM Cikpuan Salwa Azura 0199017479. Exclusive cuma untuk 40 orang sahaja. 

#ALIM2 
#ALeaderInMe 

No comments: