Tuesday, February 9, 2016

[Puasa Handphone 300 hari] February 09, 2016 at 04:58PM



Saya nak kongsi cabaran "gila-gila" saya tahun lepas 2015. Saya diberi cabaran oleh Guru Besar ALIM, kira-kira 221 hari lepas (Ramadhan 1436) untuk saya menjauhkan diri dari handphone selama 300 hari.

Saya tak boleh lupa, Guru kata "...ada berani?!" Saya beritahu Guru betapa deritanya saya untuk berpisah cuma 3 hari dengan handphone.

Sebelum memulakan cabaran ini saya fikir apa yang saya buat sebenarnya dengan handphone:-

1. Telefon Isteri/Umie/Ayahanda

2. Mengendalikan urusan urgent Petronas yang berkaitan dengan jadual/report projek. Kalau tiada yang urgent, biasanya melalui e-mail sahaja.

3. Baca posting FB dan update Personal Page FB.

4. Buat post Instagram.

5. Update blog

6. Check gaji. Buat payment bulanan.

7. Transfer duit. Bayar Training.

8. Follow up customer.

9. Hantar e-mail pejabat dan peribadi.

KESIMPULAN 

1. Saya boleh hidup tanpa telefon. 

2. Segala urusan online saya cuma memerlukan "data package" 

3. Walaupun tanpa telefon saya boleh selesaikan segala urusan saya dengan iPad. 

4. Saya terpelihara dari "kegilaan" Whasapp. 

5. Saya secara tak langsung "terpaksa" berurusan dalam Black and White. Tanpa keserabutan dan kesalah-fahaman. 

6. Ketika anak ke 4 saya lahir, segala urusan perhubungan dengan isteri diselesaikan melalui "FaceTime" i.e Video Messaging. 

7. Ketagihan "berjalan sambil pegang" handphone terubat segera! 

8. Kalau kawan ajak makan, mereka terpaksa hantar e-mail kepada saya untuk pengesahan! 

9. Saya "tenang" tanpa gangguan panggilan telefon yang tidak diingini. 

10. Ketenangan saya dibayar oleh "kepeningan" isteri, kerana semua panggilan di-reroutekan kepada isteri. Paksa-rela jadi PA Officer saya. 

Walaupun Cabaran "Gila-Gila" 2015 bakal tamat pada 28April2016, tetapi saya rasa mungkin saya tidak akan pakai handphone lagi. 

Saya kembali tenang! 

#CabaranGilaGila2015 
#PuasaHandphone300hari 
#PenanganGuruBesarALIM 

Source : LazatSihat

No comments: