Thursday, May 21, 2015

[Amazing Candat Sotong Trip!..] May 21, 2015 at 10:21PM



Balik candat sotong saya dibelasah teruk oleh ayah mentua saya kerana tidak bertanya petua-petua ke laut kepadanya.

Saya ingin share di sini:-

1. You have to conditioned your self before going to sea. Macammana? Kena mandi laut dulu at least 30 minutes before your trip.

2. Jangan ke laut dengan perut penuh makanan. Alas sikit-sikit sahaja.

3. Pastikan semasa di dalam bot, badan kita tidak "melawan" lenggokan bot. Ikut sala lenggang lenggok bot.

4. Pastikan badan tidak berbau dengan apa-apa wangian. Hidung yang membau wangi akan menyebabkan kemabukan.

5. Awas dan berhati-hati supaya tidak menghidu exhaust engine semasa didalam bot.

6. Semasa berada didalam bot cuba elakkan dari berada di belakang bot; kerana ayunan bot dibelakang lebih boleh meyebabkan kemabukan.

7. Sekiranya walaupun telah mengamalkan segala petua dan masih terasa mabuk; sila terjum kedalam laut! No joke.. Katanya tengah laut kalau terjun oun kita tak akan tenggelam! Mungkin badam masih belum cukup di condition lagi.

8. Jangan melihat kepada alunan ombak laut. Salah satu punca kemabukan juga.

Tips- tips lain, seperti perlu melihat carta air pasang surut, pastikan drebar bot juga membantu mencandat, elok kalau rombongan akan datang pergi semasa program dibawah kerajaan negeri: penjimatan dan kawalan lebih baik dari segi keselamatan.

Wallahuaklam. Ada lagi tips (mengenai malaikat menjaga laut dan meletakkan pasir ke hujung lidah sambil membaca sekian-sekian ayat) yang saya rasa tak perlu saya detailkan di sini 😜

#ErmanShares
#ErmanPengsanMasaCandatSotong
#TobatTakNakPergiDah
#EPeXplore
#EkonomiPersahabatan

Source : LazatSihat

No comments: