Tuesday, April 7, 2015

[Pengucapan Awam Tips] April 07, 2015 at 02:49PM



Sentiasa akan ada peluang untuk kita ambil pengalaman untuk buat pengucapan awam terbaik. Harapan kita sentiasa supaya jangan sekali-kali kita "siksa" jiwa khalayak. Semasa saya diberi peluang berkongsi tempoh hari, amat terasa khalayak begitu letih, aura kebosanan melonjak-lonjak. Saya tekad untuk tidak berdosa menyiksa mereka lagi. Tips paling mudah, saya mohon khalayak tarik nafas, akui yang mereka telah bagi perhatian terbaik untuk subjek kering sebelum ini. Saya faham 1 jam lagi akan hadir waktu makan tengahari. 

Saya ingin kongsi nota ringkas saya mengenai Tips Pengucapan Awam Bab 1: dari Buku "Present With Confidence" 

1. Pengucapan awam ialah kemahiran yabg penting di dalam pengurusan perniagaan dan syarikat. 

2. Untuk berjaya dalam apa jua kerjaya, kita memerlukan kemahiran didalam pengucapan awam. 

3. Segala-galanya ialah "Presenting: Pengucapan Awam"- mesyuarat, bernetworking dan majlis formal menyediakan peluang untuk kita menonjolkan diri dengan melibatkan diri dengan pengucapan awam. 

4. Mesyuarat ialah salah satu tempat yang sesuai untuk kita menonjolkan kemahiran diri kita dalam pengucapan awam. 

5. Pengucapan awam memberi platfom yang sesuai untuk menaikkan profile diri dan untuk memberi impact yang baik kepada umum. 

6. Ciri-ciri komunikasi yang efektif ialah jelas, tepat, berkredibiliti dan menarik. 

7. Apabila kita berucap, kita sebenarnya sedang menjual idea dan menginginkan persetujuan khalayak. 

#ErmanMuslim 
#ErmanSpeaks 
#publicspeakingmasteri 
#publicspeakingguruRAH 

Source : LazatSihat

No comments: