Sunday, November 27, 2016

FB Posting

NASIHAT UNTUK ANAK MUDA Nasihat Robert Kuok yang baik ini dapat kita jadikan panduan untuk merintis jalan kejayaan kita dan generasi kita yang akan datang. 1. Jangan berhenti mengejar peluang – Tak kira apa yang anda lakukan, jangan sesekali berhenti dari mengejar peluang yang ada di sekeliling. Sebaik saja ada peluang, tangkap peluang tersebut dan jangan berlengah-lengah. Pastikan anda kekal bermotivasi untuk semua itu. 2. Sentiasa bersabar – Tidak ada jalan yang mudah dalam melakukan apa saja urusan kita untuk berjaya. Oleh itu bersabarlah. Bangun dan teruskan perjalanan setiap kali jatuh. Itu merupakan sikap yang wajib ada pada semua usahawan yang nak berjaya. 3. Berwaspada dengan kejayaan – Ambil perhatian berat untuk sentiasa berwaspada terhadap kejayaan yang anda tempuh. Jika orang percaya kegagalan adalah sumber kepada kejayaan, berdasarkan pengalaman Robert Kuok, kejayaan juga boleh menjadi sumber kepada kegagalan. 4. Menyumbang – Jangan lupa matlamat akhir ini. Jangan lupa untuk berikan semula sumbangan anda pada masyarakat bila dah menempa kejayaan. Lagi banyak yang anda sumbangkan lebih baik sebenarnya. http://j.mp/2dI5SLR
by Erman Abdurrahman

November 27, 2016 at 08:00PM
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
Post a Comment