Saturday, January 7, 2017

FB Posting

Apa itu.."probable septal infarction"? PART1 Tuan Dr di Klinik Primer buka cerita. "Ada satu pesakit yang sentiasa jaga kesihatan. Sentiasa bersenam setiap hari. Dan pesakit ini sebenarnya adalah pelari jarak jauh" "Tapi bila buat EKG dia dapat result kena "septal infarc". Saluran darah kepada organ jantung tersumbat. Pesakit kata .."ini tidak adil!" Dr bagitahu.."Tuan perlu terima takdir, dan tuan perlu buat Operation untuk betulkan balik salur yang tersumbat itu" Saya tertanya-tanya.."Apa yang tak kena Dr? Makan dah jaga, bersenam setiap hari? Masih kena saluran darah tersumbat? Ada kolestrol ke? Dr sambung.." Pesakit tadi ada kolestrol tinggi bukan dari pemakanan tapi dari kesan genetik?.." Saya sambung bertanya.."Genetik?!" "Ya, badan pesakit itu sendiri menghasilkan kolestrol berlebihan untuk badan" Saya ingin tahu.."Jadi Dr, sepatutnya apa yang patut dia buat untuk elak dari awal?" Dr kata.."Dia beranggapan dia sihat, jadi dia tak pernah check kolestrol Level. Dia berbadan Fit, tak gemuk" panjang lebar Dr bercerita. "Kita mesti buat pemeriksaan, jangan buat andaian walaupun kita RASA kita sihat" "Dia walaupun jaga makanan, tahap kolestrol tetap tinggi. Sepatutnya dia perlu ambil ubatan untuk turunkan kadar tinggi kolestrol tadi" Saya BELAJAR sesuatu hari ini:- 1. Jangan OVERCONFIDENT walaupun sudah jaga makan dan bersenam. 2. Jadikan Dr sahabat baik. Dan sentiasa jumpa untuk dapat pemeriksaan detail. 3. Tanya bila tak tahu. LAPORAN MEDICAL TEST. 1. Buat audiometri test.(Duduk dalam kotak, tekan suiz bila dengar bunyi: result LULUS) 2. Buat drug test.(Ujian air kencing : result LULUS) 3. Lung Test.(Tiup angin melalui corong dan tengok carta: result LULUS) 4. EKG test. (Baring atas katil. Elektrode macam pengepit baju dikepit dekat kulit dada, tangan dan kaki: result: probable septal infarc!) #SeptalInfarc #KenaBuatStressTest #TungguResult3Hari
by Erman Abdurrahman

January 08, 2017 at 11:29AM
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
Post a Comment